Sebagaimana yang kita tahu..PERSAUDARAAN Islam adalah antara tonggak terpenting yang menyumbang kepada kecemerlangan ummah. Sejarah Islam memahatkan episod gemilang generasi Nabi Muhammad SAW yang mengangkat martabat Islam ke mercu yang paling tinggi pada zaman permulaannya.
Dengan persaudaraan erat yang dibina atas dasar iman dan takwa, umat terdahulu mampu mengorak langkah untuk menegakkan kalimah Allah SWT di bumi ini.
Dengan persaudaraan itu, mereka mampu menepis segala ancaman musuh Islam yang sentiasa mengintai peluang untuk menghapuskan Islam. Natijahnya, umat Islam terdahulu berupaya mengabadikan tinta emas yang penuh gemilang dalam sejarah perjuangan Islam.
Sebenarnya, Islam menganjurkan umatnya agar mereka memupuk persaudaraan dan antara intipati dan mesej utama perutusan Islam yang hendak disampaikan kepada umat Islam.
Biarpun berlainan bangsa, warna kulit, sempadan tempat dan bahasa, namun ia bukan penghalang ke arah itu dan Islam tetap menyatukan mereka atas dasar iman dan takwa kepada Allah.
Dalam hal ini, Allah berfirman dalam surah Al Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal antara satu sama lain.
SesuNgguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenali.”
Meninjau senario umat Islam kini, jalinan persaudaraan umat Islam begitu rapuh dan goyah hingga mudah digugat apabila menghadapi krisis. Akibatnya, berlaku kemelut pertelagahan sesama sendiri dan perpecahan mula menjalar ke setiap ruang masyarakat Islam lantaran perbezaan pendirian, fahaman politik dan ekonomi.
Rentetan peristiwa demi peristiwa yang menyedihkan berlaku terhadap umat Islam. Sebagai contoh umat Islam di Palestin, Bosnia-Herzegovina (Grozny) dan yang terbaru di Pulau Maluku menunjukkan betapa mudah umat Islam ditindas dan dizalimi, lantaran melenyapkan rasa persaudaraan yang terjalin di kalangan umat Islam. Ia juga mencerminkan betapa longgarnya pegangan mereka kepada Islam.
Tiada jalan keluar bagi umat Islam untuk keluar daripada kemelut yang meruncing ini melainkan kembali kepada ajaran Islam sebenarnya. Mereka hendaklah kembali menghayati Islam dari sumbernya yang tulen di samping berusaha menjana kembali kekuatan umat Islam melalui persaudaraan Islam.
Mereka mesti membina persaudaraan ummah atas dasar iman dan takwa kepada Allah, bukannya atas dasar kebangsaan, manfaat keduniaan, harta, pangkat dan keturunan.
Islam melarang keras persaudaraan yang berdiri tegak selain daripada berpaksi kepada Islam yang suci seperti fanatik terhadap bangsanya dan taksub kepada pemimpinnya.
Islam menegaskan bahawa orang Islam sebenarnya bersaudara dan biarlah persaudaraan itu bertapak atas dasar Islam seperti firman Allah yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya orang mukmin bersaudara, oleh itu, damaikanlah antara dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Al Hujurat: 10).
Rasulullah SAW mengungkapkan satu perumpamaan yang indah mengenai kemantapan persaudaraan sesama Muslim dalam kehidupan mereka seharian yang mana Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Bandingan orang mukmin saling berkasih sayang dan bertimbang rasa sesama mereka adalah seumpama tubuh yang satu.
Seandainya salah satu anggotanya menjerit kesakitan nescaya turutlah sekelian anggota tubuh yang lain mengadu kesakitan dengan berjaga malam dan demam panas.” (Riwayat Al Bukhari)
Mafhum hadis berkenaan menegaskan betapa Islam menegakkan persaudaraan Islam tulen yang berakar-umbikan keimanan kepada Allah.
Hasilnya, pertalian persaudaraan Islam yang terpintal mampu mengikat jiwa raga umat Islam untuk bersama-sama berganding bahu sehidup semati melayarkan bahtera perjuangan Islam di persada dunia.
Bagi memupuk persaudaraan yang utuh lagi mantap, Rasulullah memberikan petua dan panduan, iaitu Islam adalah Addin yang unik lagi sempurna dalam mengatur perjalanan hidup manusia.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Awasilah diri kamu daripada prasangka kerana prasangka itu sebohong-bohong percakapan. Jangan kamu mengintip, mengintai, berlumba, berdengki, berbenci-bencian dan bermasam muka.
Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara seperti diperintah Allah. Seseorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiaya, menghampakan dan menghina Muslim lain.
CUkuplah bagi seseorang itu kejahatan dengan memandang hina saudaranya. Setiap Muslim adalah haram kepada Muslim dari segi harta bendanya, darahnya dan maruah kesopanannya.” (Riwayat Muslim).
Begitulah Islam menyediakan garis panduan bagi umat Islam untuk menjana persaudaraan yang kukuh lagi utuh biarpun dihempas badai yang bergelora. Sikap persaudaraan haruslah dipelihara dengan menyemarakkan semangat tolong-menolong dan bantu-membantu sesama Muslim dalam setiap kegiatan kemasyarakatan.
Program ziarah-menziarahi juga tidak boleh dikesampingkan dalam agenda utama persaudaraan Islam yang mana program berkenaan berupaya mengukuhkan tali silaturahim sesama Muslim.
Umat Islam harus menjauhi sebarang penyakit dan virus masyarakat yang boleh menghakis keteguhan persaudaraan dengan sifat tercela seperti berdendam kesumat, berbenci-bencian dan zalim-menzalimi.
Sifat keji seumpama ini perlu dikikis dari sudut hati umat Islam kerana ia membawa akibat dan implikasi yang amat buruk terhadap kesatuan umat Islam.
Islam menegaskan bahawa semua manusia dijadikan dari tanah, maka tidak ada keistimewaan dan kelebihan antara seseorang manusia dengan yang lain kecuali ketakwaan dan keimanan kepada Allah.
Oleh itu, setiap insan tidak boleh berbangga dan bermegah dengan keturunan, kekayaan dan kedudukannya. Sebagai neraca penilaian dan piawaian yang sebenarnya di sisi Allah ialah takwa dan iman yang tulus.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wahai manusia! Kamu semua datang daripada Nabi Adam AS dan Nabi Adam dijadikan daripada tanah. Maka tidak ada keistimewaan sama sekali antara orang Arab dengan orang Ajnabi, antara orang yang berkulit hitam dengan orang berkulit putih melainkan dengan takwa.” (Riwayat Ahmad)
Persaudaraan yang dianjurkan Islam menuntut pengorbanan yang besar lagi tulus daripada umat Islam agar meletakkan Allah dan Rasul di tempat yang teratas mengatasi kepentingan diri, keluarga, kepentingan duniawi dan kepentingan berkaitan.
Kisah pengorbanan ini ditunjukkan dan dibuktikan sendiri oleh kaum Ansar apabila mereka menyambut kedatangan kaum Muhajirin ke Yathrib sehingga kisah gemilang ini diabadikan Allah dalam al-Quran dalam surah Al Hasyr, ayat 9 sebagai generasi rabbani yang cemerlang di sisi Allah,
Allah berfirman, maksudnya: “Orang tinggal di kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka.
Mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam kesusahan. Sesiapa yang terpelihara daripada kepentingan dirinya, mereka orang yang beruntung.”
Inilah contoh persaudaraan tulen yang tiada tolok bandingnya terukir dalam sejarah Islam sehingga yang berasaskan kepada dasar akidah yang ditujukan khusus kepada Allah semata-mata, bukannya mengharapkan kepentingan duniawi atau manfaat yang bersifat sementara.
Islam berjaya memupuk persaudaraan di kalangan kaum Ansar dan Muhajirin sehingga mereka saling bekerjasama dan tidak lagi mementingkan kedudukan dan darjat masing-masing.
Malah, mereka saling hormat-menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain sehingga mereka mampu membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, kuat dan unggul dalam segala lapangan hidup.
Mereka berjaya menonjolkan diri sebagai kuasa besar baru mengatasi kehebatan kuasa Rom dan Parsi ketika itu dan berjaya menyebarkan risalah keadilan Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Umat Islam sepatutnya mengenepikan fahaman politik yang berbeza, kedudukan pangkat dan harta kekayaan yang mereka miliki di dunia. Sebaliknya, umat Islam disaran kembali kepada ajaran Islam yang tulen dengan merujuk kepada al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup mereka seharian.
Dalam hal ini, Rasulullah pernah memberi peringatan kepada umat Islam dengan sabdanya yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh itu, setiap Muslim perlu bersedia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk menjalin persaudaraan agar ia terpintal kemas atas dasar iman dan juga memelihara tali persaudaraan daripada sebarang penyakit dan virus yang boleh menghancurkan keutuhan persaudaraan ummah.
Sesungguhnya, umat Islam mampu mengorak mengembalikan kegemilangan Islam dengan merapatkan barisan untuk menyemat bibit keadilan Islam di kalangan manusia sejagat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
bagus n menarik tambahan pula mengagumkan di samping dpt menambah ilmu di dada ini...dlm hati saper tau...
salam....cikit nye isi ko ni...skali baca cam ayat internet je.......tp apa2 pun tahniah kerna myiapkan blog yg padat bgn ilmu ni...........komen yg aku jgak 2.....
salam..
bolah than citer ni,best ar..
oleh itu sama2la kita mempraktikkan hubungan kita yang tlh terbina ni sebagai mana yang telah dituntut oleh agama kita yang mulia...
syabas diucapkan...
sungguh menarik artickle awk..thniah..
tajuk ni berkemungkinan besar masuk final..intabih!!! Good Luck!!(from syida)
satu usaha yg bagus n bersemangat...moga usaha anda akan berkekalan la hndaknya...semoga success...
-from dya-
salam...
teruskan usaha untuk memaparkan lagi kisah-kisah yang lebih menarik untuk menjadi tatapan dan ikhtibar kepada rakan-rakan seperjuangan...
wassalam....
(farhatl khalidah)
salam..........tahniah kawan, best cite tu. teruskan lg usaha dan pertingkatkan lg hasil karya mu itu.... aku sentiasa menyokong usaha murni mu itu..........
(mira_udm)
salam....
secara keseluruhan, teks boleh difahami.. cuma kalau susunan dan penggunaan perbendaharaan kata yangg lebih sesuai digunakan, teks akan jadi lebih menarik... erm...bagusla kalau ada blog sejarah camni.. moga2 akan datang lebih banyak lagi teks yang dipaparkan untuk dikongsi bersama sahabat yang lain
Assalamualaikum...
Tahniah atas keberhasilan blog yang menarik. Moga intipati yang cuba disampaikan dapat dimanfaatkan pengajarannya oleh pembaca.Diharapkan saudara dapat memperbanyakkan lagi kisah-kisah para Anbiya' ini. Kita begitu gah dengan sejarah dan perjuangan negara sendiri namun kurang menitikberatkan kisah para anbiya' dan sirah ulama silam. Mencontohi dan meniru budaya barat tetapi mengenepikan syariat Islam
salam.......
citer amat menarik....tahniah la dapat berkongsi cerita bersama2 rakan seperjuangan.....teruskan dakwah islamiyah.........takbir!!!!
(zana)
wah bestnye bace..!!!!
menarik sungguh..sampai x sanggup nk abiskn ayt terakhir..
tapi please improve ur blog..
use the more actractive bckground..
so..x ler ngntuk n bosan sgt..
remaje skrg kan suke yg cun2 skit..
tgok blog pun cam hampeh je..nk bace?lagi le maleh..
jgn marah...
bile nk tmbah artikel lg..
sy cdg letak gmbr yg best2 skit..
maksudnya artikel berdasarkn gmbar..
manusia ni kalu kite cckp tanpa tunjuk bukti bukan nk dgr sgt pun..
k slm..
-My SoUL
bile nk tukar tajuk len plak?
dh sebulan bace ni..
overall isi menarik..
sesuai danmudah tuk dipahami oleh semua lapisan masyarakt..
bdk2 sek pun senang paham
-My SoUL-
Post a Comment